Profil


Kem Sentosa

Kem Sentosa, Chenderiang, Tapah, Perak merupakan salah satu Kem Motivasi yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 2004. Kem Sentosa terletak di sebelah utara bersempadan dengan Hutan Simpan Bujang Melaka dan kawasan tadahan hujan Sungai Cincin, Tapah, Perak. Kehijauan dan keindahan alam semulajadinya menyisihkan kawasan ini daripada kesibukan kota. Suasana Kem yang segar dan nyaman dengan permandangan hutan yang berbukit bukau akan menambahkan lagi kecerian yang tidak akan di lupakan. Pagi yang dingin juga akan membuatkan setiap pelawat yang datang ke Kem Sentosa pasti seronok.


Kem Sentosa berkeluasan 30 ekar dan berdekatan dgn kawasan perkampungan orang asli. Lebih kurang 20 meter di kiri dan kanan kawasan Kem Semtosa telah dikepung oleh 2 jeram yang airnya begitu bersih dan jernih serta sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan perkhelahan. Permandangan Kem Sentosa ibarat seperti teluk dimana di kiri kanan dan belakang kawasannya di kepung oleh Gunung Bujang Melaka. Di sebelah kanan kawasan kem merupakan dusun buah durian. Durian di kawasan Chenderiang ini adalah antara buah durian yang terbaik di Malaysia. Anda boleh menikmati keenakan rasa sebenar buah durian ini.




Home  |   Profil  |   Kemudahan  |   Activiti  |   Sebutharga  |   Lokasi  |   Pelanggan  |   Galeri  |   Hubungi Kami
©2006 Antraxis Sdn Bhd.(720157-T) All Right Reserved.